CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 25, 2011

ABAH

Abah, Bapak, Ayah, Papa, Walid..
Semuanya mempunyai makna yang sama..
Mereka merupakan pelindung dan tempat bergantung untuk isteri dan anak-anak..
Semua orang di dunia mempunyai ayah, begitu juga aku..

Abah dilahirkan pada 16 Ogos 1961. Abah mempunyai 6 orang adik beradik tapi abang abah dah meninggal ketika dia berusia 2 tahun akibat terjatuh dan lemas dalam parit. Abah tidak merasai kasih sayang seorang ayah sebab embah lanang (atuk lelaki) dah meninggal ketika Abah maseh kecik lagi. Sejak kecik lagi keluarga abah hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan.

Abah memulakan alam sekolah rendah pada tahun 1967 hingga tahun 1972. Abah ketika sekolah rendah adalah seorang pelajar yang sangat nakal dan degil. Pernah sekali Abah dikenakan denda berdiri atas kerusi atas kesalahan melastik rakan sekelas. Abah cakap kawan sekelas dia kedekut tak mau bagi pinjam pensil warna masa subjek seni. Abah kan orang susah, embah (nenek) tak mampu nak sediakan keperluan sekolah yang lengkap untuk anak-anak. Bila abes waktu sekolah, abah pergi bawah lantai kelas (dulu sekolah papan, lantai lubang-lubang), kutip pensil kaler yang pendek-pendek yang kawan-kawan buang, boleh la guna masa subjek seni.

Tiap-tiap hari Abah bawak bekal, pisang goreng, keledek goreng, getuk (ubi rebus). Itulah bekal yang di bawak untuk mengalas perut semasa kat sekolah. Nak beli kat kantin memang embah tak bekalkan wang saku. Baju sekolah Abah tiap tahun tak berganti, kasut sekolah pun  hanyalah kasut getah itupun tali kasut selalu putus. Sebagai ganti tali kasut Abah gunakan tali rafia. Jika hujan ketika nak pergi sekolah, Abah bukak kasut simpan dalam beg, takut kasut kotor. Jalan dulu bukanlah jalan tar macm sekarang, yang ada jalan tanah merah, becak ketika hujan. Baju sekolah tu lah jugak Abah pakai ketika menyambut hari raya.

Dalam usia muda Abah tak pernah ada makna cuti sekolah. Setiap Sabtu Ahad Abah akan ikut embah ke kebun. Kadang-kadang ikut embah ke bendang yang letaknya hampir 20 kilometer hanya dengan mengayuh basikal. Perginya jumaat petang dan balik rumah pada hari ahad. Kadang-kadang embah pergi ke bendang hampir seminggu, tinggalkan anak-anak kecilnya di rumah. Pandai-pandai lah Abah adik beradik nak teruskan hidup. Kalau takde makanan, Abah bawak pisang ke bagan untuk ditukarkan dengan ikan. Cukuplah untuk mengalas perut Abah adik beradik. Aktiviti Abah lepas balik sekolah adalah jaga kambing, bagi kambing makan.

Kesusahan dan kepayahan hidup telah mengajar Abah untuk melakukan kerja-kerja yang sepatutnya tidak di lakukan oleh kanak-kanak seusia Abah ketika itu. Dalam usia 11 tahun Abah da wat kerja-kerja mengait kelapa, meracun, tanam sayur dan sebagainya. Kadang-kadang Abah tolong peniaga kantin, dapatlah upah untuk belanja sendiri. Bila nak raya Abah amik upah bersihkan halaman rumah penduduk sekeliling, dapatlah upah RM6. Dapatlah beli mercun, nak rasa suasana raya.

Ketika Abah tingkatan 1, Abah bersekolah sesi petang. Sebelum Abah pergi sekolah,Abah tolong embah menyabit rumput terlebih dahulu, kemudian angkut air dari parit naek ke rumah (dulu air parit sangat bersih dan jernih). Da selesai semua keja barulah Abah pergi sekolah. Abah seorang yang agak femes ketika sekolah menengah. Tapi bukan femes dengan akademik yang cemerlang, tapi dengan perangai Abah yang agak nakal. Abah selalu kena denda sebab selalu datang lambat. Kadang-kadang Abah ponteng kelas, terutamanya subjek BI,Math ngan Sains. Homework pun selalu tak buat. Bila Abah nak parking basikal tapi parking penuh, dengan selamber Abah tolak semua basikal kat tempat parking tu. Abah tak peduli orang nak marah ke apa, asalkan dia dapat parking basikal dia tu.

Disebabkan sikap Abah yang tak berapa nak rajin belajar, Abah gagal dalam subjek Math dalam SRP. Dulu-dulu kalau tak lulus SRP takleh naek form4. Jadi Abah mengulang lagi SRP, dan lulus untu sambung belajar. Masa form4 Abah pindah sekolah vokasional kat Klang. Sebelum balik asrama embah hanya bekalkan Abah wang saku sebanyak RM30 je. RM 20 untuk bayaran asrama, lagi RM10 tu lah Abah guna untuk beli tambang bas, beli buku segala. Pandai-pandailah nak idup dengan RM10 tu.

Lepas da tamat sekolah Abah balik kampung, teruskan kembali kerja-kerja jaga kambing dan berkebun. Rasa untuk mengubah kesusahan hidup, Abah merantau ke Pahang. Mula-mula Abah kerja buat rumah, pastu Abah keja kilang. Lepas keja kilang 4 bulan, Abah pergi interview untuk masuk TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan diterima dan di tempatkan kat Subang.

Selepas Abah menjadi tentera Abah mampu untuk membeli sebuah motor Scrambler. Dan ketika inilah bibit-bibit cinta antara Emak dan Abah bermula. Abah ajak Emak tengok konsert kat Tasik Perdana walaupun masa tu Emak takde perasaan kat Abah. Tu lah, Emak kata kalau nak benci tu berpada-pada, kang yang dibenci tu lah yang di sayang. Memang jodoh Emak dan Abah sangat kuat , walaupun Emak dipinang orang lain ketika sedang bercinta dengan Abah, mereka tetap bersatu hingga ke hari ini dan lahirlah kami 6 beradik.

Kini Abah dah berusia 50 tahun. Kesihatan Abah sering terganggu. Abah selalu kena tahan masuk wad. Abah da tak kuat macam dulu. Dulu Abah yang drive kereta bawak kami 1 family balik kampung, sekarang kami adik beradik yang drive bawak Abah ke mana-mana. Walaupun tak lah sebesar mana kami membalas jasa Abah tapi kami bangga dapat berkhidmat untuk Abah pula.

Walaupun Abah bukan lah seorang yang berpendidikan tinggi, tapi Abah selalu mengingatkan kami supaya belajar rajin-rajin, pentingkan pelajaran. Abah da banyak berkorban untuk kami 1 keluarga. Kini Abah mampu untuk menyediakan segala keperluan kami. Abah taknak kami merasa kesusahan seperti zaman kecilnya dulu. Namun begitu, Abah tidak memanjakan kami dengan kemewahan, cukuplah bersederhana. Kami bangga dengan Abah..


Abah, 
Kami adik beradik sentiasa mendoakan supaya Abah dipanjangkan umur  supaya kami dpat membalas jasa-jasa Abah.
Kami juga mendoakan supaya Abah diberikan kesihatan yang baek supaya Abah dapat melihat kejayaan kami anak-anak Abah.
Kami juga mendoakan supaya Allah kurangkan beban kesakitan Abah.
Kami juga mendoakan hidup kita sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Abah dan Emak,

SEMOGA HIDUP KITA KEKAL BERADA DALAM KESENANGAN, KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN.
KAMI SANGAT-SANGAT-SANGAT MENYAYANGI KALIAN..

       


-we love you-


-hepi family-



p/s : eh tiba-tiba skrin kabur lak..

Sunday, June 12, 2011

Tak Paham Ke..??

Aku yang tak paham ke atau kau yang tak nak paham?
Kalau kau da tahu yang kau akan kecundang jangan la teruskan..
Ye memang kita perlu berusaha tapi apabila ianya bakal memberi kesan
yang negatif kepada diri kita, aku rasa memang patut kau berundur diri..
Tak payah la kau terlalu yakin kemenangan akan berpihak kepada diri kau..
Ingatlah, insan yang teraniaya sentiasa akan mendapat pertolongan tuhan..


Tolonglah jangan menafikan hak aku lagi..
Janganla kau menutup pintu hati kau dan berpura-pura lagi..
Kebenaran itu memang pedih untuk diterima..
Aku tau pedih hati kau tapi aku lebih pedih..
Lebih sakit dari yang kau tanggung..


Tak perlu lah kau mengeluarkan kata-kata dendam kau..
Semacam aku pula yang bersalah merampas hak kau..
Cukup-cukuplah menyakitkan hati orang lain dan diri sendiri..
Tolonglah hormatkan HAK orang lain..
Kau juga tidak mahu orang lain merampas hak kau bukan?


Aku berharap kau betul-betul dapat mengotakan janji kau..
Walaupun dulu kau melafazkan ucapan tahniah dan maaf..
Kau masih mengulang perkara yang sama..
Aku sedikit sangsi dengan maaf dan tahniah kau kali ini..
Tolonglah pergi jauh-jauh dari hidup kami..

Sunday, May 15, 2011

Hari Guru

dulu-dulu masa sekolah, cikgu selalu tanya student. cita-cita kamu apa. abes 1 kelas kena tanya. dan jawapan paling pemes adalah cikgu. aku? aku pun jawab cita-cita nak jadi cikgu. sangat stereotype oke masa budak-budak ni. tak pun ada yang jawab nak jadi wartawan la, doktor la, nak keja kopek kelapa je pun ada. macam-macam cita-cita la yang aku dengar masa zaman sekola rendah sampai la ke sekola menengah form5.


kenapa cita-cita aku nak jadi cikgu? dulu masa kecik-kecik aku selalu main cikgu-cikgu ngan adik ngan jiran sebelah umah. dah adik-adik ni kecik lagi, aku je yang da besar maka harus la aku  yang jadi cikgu kan. oh best woo ngajar-ngajar ni. pastu pemikiran naif lagi suci ketika kecik-kecik mase tu kalau jadi cikgu mesti dapat hadiah banyak mase hari guru kan? haa, tu yang sangat teruja nak jadi cikgu nih. padahal da salah niat. dan cita-cita nak jadi cikgu ni terus subur sampai la abes zaman sekolah.


pas abes zaman sekola, tiba la saat nak apply U. pilihan petama kedua ketiga semua aku apply UPSI. kata nak jadi cikgu. pastu g test Medsi. tak sangka lak pastu dapat panggilan intebiu tuk masuk UPSI. harapan da tinggi menggunung nak jadi cikgu. tapi mungkin takde jodoh aku ngan UPSI kan. agak kecewa la sebenanya tak dapat kat sana tapi kena aku redha. syukur at least aku dapat gak sambung belajar kat UUM ni berbanding orang yang tak dapat peluang nak sambung belajar. hanya DIA yang tau apa yang terbaik untuk aku.


walaupun tugas cikgu ni nampak senang, cuti banyak tapi hakikatnya tugas guru sangat la berat. masa depan pelajar bergantung pada apa yang guru-guru ajarkan. dengan zaman yang serba maju dan moden, dengan pelajar-pelajarnya yang makin hari makin ganas. seperti yang kita baca dan lihat di dada-dada akhbar, banyak kes-kes yang melibatkan pelajar dan guru. kiranya cikgu-cikgu ni memang hebat sebab kena berhadapan dengan pelajar-pelajar yang 'semakin hari semakin ganas' tiap-tiap hari. owh gerunnya.


sepanjang minggu ni aku banyak  mendengar pengalaman dan luahan  incik tunang yang sedang berpraktikal di sekolah. macam-macam kerenah anak muridnya. yang matang, yang tak matang, semua ada. harap kamu bersabar dengan kerenah anak murid kamu sepanjang 4 bulan ni ok? kumpul lah sebanyak yang mungkin pengalaman supaya dapat di aplikasikan semasa menjadi guru bertauliah nanti.  nanti dapat hadiah hari guru tu share-share la.. :D


Selamat Hari Guru di ucapkan untuk semua guru-guru khasnya untuk Cikgu Luqmanulhakim AbuNaim dan keluarga (semua bakal family aku cikgu), sanak saudara Mak Anjang dan Pak Anjang, dan seterusnya kawan-kawan di UPSI. Selamat Hari Guru!







p/s: tak dapat jadi cikgu, dapat jadi isteri cikgu pun jadi la kan? ^_^

Tuesday, May 10, 2011

Nota Untuk Dia

AMARAN KERAS
Entry ini di buat khas untuk tunang yang di cintai lagi disayangi.
Terdapat ayat-ayat yang tidak sesuai dibaca oleh golongan tertentu.
Untuk mengelakkan rasa loya-loya dan rasa meluat, sila tekan X di sudut kiri atas.
Terima kaseh.




Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Dekatkan dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan di hati antara kami
Agar kebahagiaan itu kekal abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
Ketepian sejahtera..
Aminn..



Sedar tak sedar sudah 4 tahun 6 bulan 5 hari usia perhubungan kita.
Begitu cepat masa berlalu.
Masih teringat kenangan-kenangan kita ketika bermulanya zaman hindustan kita.
Ketika B melangkah masuk ke kelas 6 Sastera 4 tahun yang lepas.
Pandang-pandang, jeling-jeling.
B yang usya-usya umi kan? :P

Umi tergerak hati untuk menegur B bila tengok B tak keluar rehat.
Umi pon konon-konon nak tengok henset B.
Maklum la henset B kan canggeh.
Tah macam mana terkol nombo sendiri tapi tak tau nak delete balik.
Siyes tak tipu tu bukan cara umi nak ngorat B.
Sampai sekarang B dok bahan umi sebab bagi nombo kat B.  -_-'

Sejak tu kita pon mula rapat.
Saling berkoling-koling, bermesej-an.
Kawan bertukar semakin mesra.
Umi pun tak sedar macam mana kita kapel.
Tak pernah declare pon kan?
Bole B ingatkan balik camne kita bole kapel? ^_^

Sehebat mana pun percintaan, pasti akan ada dugaan.
Sehebat itu jugalah dugaan yang datang menimpa.
Mungkin mahu menggoyahkan cinta remaja kita pada masa itu.

Zaman sekolah bertukar menjadi zaman universiti.
Jujur umi katakan, umi tidak pernah mengharapkan hubungan kita berterusan.
Mungkin takut dengan percintaan jarak jauh yang mengecewakan.
Apatah lagi akan berjumpa calon-calon yang lagi menarik hati.

Seperti yang dibayangkan, memang cinta kita dilanda badai.
Jarak dan ruang menjadi penyebab sengketa.
Masalah datang bertimpa-timpa.
Hadir bersama orang ketiga.

Mungkin umi di takdirkan berjodohan dengan B.
Mungkin umi tulang rusuk B yang hilang itu.
Walau apa yang berlaku kita tetap bersama.

15 Februari 2010.
Tarikh yang begitu bermakna sepanjang hidup umi.
Akhirnya kita di tunangkan.
Yang kelakarnya, kita pon tak tau yang kita nak bertunang pada hari tu.
Plan asalnya family B hanya datang untuk merisik.
Tapi abah suruh bertunang terus, senang kerja katanya. :)
Kan bes kalau suruh kawen terus.

Orang kata dugaan orang bertunang ni hebat jugak.
Ye umi mengaku memang sangat hebat dugaan yang mendatang.
Umi hampir-hampir tewas dengan keadaan yang menyesakkan.
Tidak mampu untuk umi hadapinya lagi.

Hari ni genap 1 tahun 2 bulan 3 minggu 4 hari usia pertunangan kita.
Banyak pahit manis masam payau yang da umi kita hadapi.
Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya.
Mungkin untuk menguji sejauh mana kasih dan sayang umi terhadap B.
InsyaAllah, umi akan mempertahankan selagi umi terdaya. :)

Umi selalu berdoa supaya jodoh kita diperkuatkan.
Berdoa supaya kita dipanjangkan jodohnya.
Berdoa supaya kita di jauhkan daripada hasad dengki khianat orang.
Berdoa supaya dimurahkan rezeki supaya cepat kawen.
Berdoa supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik.

Umi berjanji umi akan berdoa supaya hanya B sentiasa berada dalam hati umi.
Umi berjanji umi akan berdoa supaya hanya B sorang dalam hati umi.
Umi berdoa supaya Allah tidak menghilangkan rasa cinta di hati kita.
Aminn..



jatoh cinta 10 kali lagi!


kembang-kembang idong aihh.. -_-'


aminn..


jangan berani nak coba!




Yang mencintaimu,
~NYRLA~

Saturday, May 7, 2011

Hari Emak

Assalamualaikum..

Esok hari ahad bersamaan 8 Mei 2011 dan esok juga bersamaan dengan Hari Ibu..
Dekat status fesbuk kawan-kawan masing masing menge-wish hari ibu kepada ibu, emak, mama, bonda, mom dan yang seangkatan dengannya.
Dekot belog kawan-kawan juga masing-masing bercerita tentang ibu masing-masing..
terus rasa sebak dan rasa nak nanges.. T_T

Ucapan untuk mak: 

Mak,
        kakak nak ucap selamat hari ibu dekat mak lagi sekali walaupun ari jumaat tu kakak da wish..kakak doakan semoga emak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baek untuk melihat kejayaan anak-anak mak, diberikan kebahagiaan di dunia dan juga kebahagiaan di akhirat.

Mak
        kakak nak mintak maap bebanyak sebab selalu degil, selalu balik lewat malam, selalu buat mak risau dan macam-macam lagi..walaupun mak suka marah + membebel tapi kakak tau tu semua sebab mak risau kalau kakak balik lewat malam..mak tetap sabar dan tunggu bukakkan pintu tunggu kakak balik..kadang-kadang mak tunggu sampai tetido depan tv..kakak mintak maap banyak-banyak..

Mak,
        walaupun kakak jauh di mata mak, kakak sentese ingat semua pesanan mak..kakak tak nakal kelua-kelua malam macam kat rumah sebab kat sini takde orang yang nak halang + nasihat + marah + membebel kalau kakak balik lambat..kalau amalkan kat sini nanti kakak jadi lupa daratan lak kan sebab takde yang nak tolong ingatkan macam yang mak buat..

Mak,
        kakak sayang mak sesangat..walaupun kakak tak pernah, eh pernah cakap beberapa kali kakak sayang mak secara berdepan, bukan bermakna kakak sayang mak banyak tu je, kakak sayang mak sesangat! tu yang kakak rasa nanti nak keja dok kat kampung je, sebab kakak nak jaga mak ngan abah..da kawen pun nanti kakak nak buat rumah kat sebelah rumah mak abah..okeh tak camtu? ^_^

Mak dan Abah,
        semoga mak dan abah sentiasa berada dalam lindungan dan diberkati-Nya..semoga mak dan abah di panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baek..aminn..



Puan Hashimah & Encik Rakibun






p/s: walaupun kakak tahu mak tak baca blog kakak, dan tak tau pun kakak ada blog, tapi mak mesti tau yang kami adik beradik sangat sayangkan mak..lebiuuu makk! *sedih*

Monday, May 2, 2011

Culture Night BIBM

Assalamualaikum..

tinggal lebih kurang 25 hari lagi akan berakhir kehidupan di bumi Sintok..lepas ni yang tinggal hanyalah secebis memori untuk dikenang..mungkin agak lewat untuk di ceritakan tapi inilah yang mungkin dapat dikenang apabila rasa rindu mencuit di hati..

pada 22 april 2011 yang lepas, kelas seminar perniagaan antarabangsa telah mengadakan dinner untuk meraikan pelajarnya khususnya untuk pelajar semester akhir..majlis ini menggabungkan sebanyak 4 kelas..ok memang ramai yang aku tak kenal..dinner ni memang sangat best dan aku rasa sebak siket sebab da nak abes belajar, rasa macam baru semalam tarik beg besa pergi mendaftar..  -_-''

walau ape pun, aku seronok dapat menjadi salah seorang student UUM walaupun pada mulanya aku mengharapkan untuk menjadi pelajar di uni yang lain..aku berbangga dapat menjadi anak didik yang menyanyikan Biru Warna.. :)

ok mari kita melayan gambar gambar sekitar dinner yang sangat seronok! enjoy! :D

















































ok suda tamat..jumpa lagi! :D

Sunday, April 17, 2011

Entry Takde Tajuk

tik tok tik tok...
sedar tak sedar tinggal lagi lebih kurang 40 hari saje lagi aku di bumi Sintok..
perasaan? suka? gembira? sedih?
suka sebab tak payah nak mengadap buku.. :)
sedih sebab berpisah ngn kawan kawan. :(
tah bila agaknya dapat datang sini lagi kan..
nanti mesti rindu nak nyanyi lagu Biru Warna.. :)

sepanjang 3 tahun dok sini memang banyak lagi tempat sebenanya yang aku tak abes melawat, merayau, meronda, melepak dan macam macam me lagi..
kadang kadang g alor setar pon leh sesat.. =.=''
tasik jitra, lai huat garden (tatau ejaan), yang dekat dekat pon lum g lagi..
ouhhh...teruknyaaa..

jangan kata yang area canglun jitra suma tu, UUM ni pun tak abes pusing lagi..
ekceli bukan malas, tapi tak sempat.. (padahal ko balik kelas terus tido.. :P )
awal sem tu punya la semangat kemain nak wat semua aktiviti yang ada kat UUM nih..
da ujung ujung sem ni punya la liat.. =.=''

bulan 6 ni jadual hidup akan  berubah..
kalau sekarang bangun pagi pagi nak g kelas..
pasni bangun pagi pagi g kerja pulak..
suasana pun da berubah..
macam macam perasaan da sekarang ni..

apa apa pun sepanjang hidup di bumi Sintok ni banyak mengajar aku tentang kehidupan, persahabatan, kasih sayang dan banyak lagi la..semoga apa yang terbina di sini dapat diteruskan walaupun kita jauh lepas ni.. :)

Thursday, April 14, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki


KHASnya untuk incik tunang..

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.