CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 17, 2011

Entry Takde Tajuk

tik tok tik tok...
sedar tak sedar tinggal lagi lebih kurang 40 hari saje lagi aku di bumi Sintok..
perasaan? suka? gembira? sedih?
suka sebab tak payah nak mengadap buku.. :)
sedih sebab berpisah ngn kawan kawan. :(
tah bila agaknya dapat datang sini lagi kan..
nanti mesti rindu nak nyanyi lagu Biru Warna.. :)

sepanjang 3 tahun dok sini memang banyak lagi tempat sebenanya yang aku tak abes melawat, merayau, meronda, melepak dan macam macam me lagi..
kadang kadang g alor setar pon leh sesat.. =.=''
tasik jitra, lai huat garden (tatau ejaan), yang dekat dekat pon lum g lagi..
ouhhh...teruknyaaa..

jangan kata yang area canglun jitra suma tu, UUM ni pun tak abes pusing lagi..
ekceli bukan malas, tapi tak sempat.. (padahal ko balik kelas terus tido.. :P )
awal sem tu punya la semangat kemain nak wat semua aktiviti yang ada kat UUM nih..
da ujung ujung sem ni punya la liat.. =.=''

bulan 6 ni jadual hidup akan  berubah..
kalau sekarang bangun pagi pagi nak g kelas..
pasni bangun pagi pagi g kerja pulak..
suasana pun da berubah..
macam macam perasaan da sekarang ni..

apa apa pun sepanjang hidup di bumi Sintok ni banyak mengajar aku tentang kehidupan, persahabatan, kasih sayang dan banyak lagi la..semoga apa yang terbina di sini dapat diteruskan walaupun kita jauh lepas ni.. :)

Thursday, April 14, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki


KHASnya untuk incik tunang..

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.


Sunday, April 10, 2011

Anorexia.



What is anorexia?
Anorexia is an eating disorder where people starve themselves. Anorexia usually begins in young people around the onset of puberty. Individuals suffering from anorexia have extreme weight loss. Weight loss is usually 15% below the person's normal body weight. People suffering from anorexia are very skinny but are convinced that they are overweight. Weight loss is obtained by many ways. Some of the common techniques used are excessive exercise, intake of laxatives and not eating.


People with anorexia continue to think they are overweight even after they become extremely thin, are very ill or near death. Often they will develop strange eating habits such as refusing to eat in front of other people. Sometimes the individuals will prepare big meals for others while refusing to eat any of it.



kurus sangat pon tak cantik kan? :)


Symptoms of Anorexia
  • Loss of at least 3 consecutive menstrual periods (in women).
  • Not wanting or refusing to eat in public
  • Weakness
  • Brittle skin
  • Shortness of breath
  • Obsessiveness about calorie intake
  • Anxiety




p/s: bersyukur dengan keadaan diri sekarang.. :)

Saturday, April 9, 2011

Dear My Lecturer, Mr Tarmizi..

My name is Nurul Yaqeen bt Rakibun..i am a UUM student and also a final semester student..i took basic computer application subject this semester and required to make a blog as an assignment..since i don't have any blog, so i need to prepare one..

This assignment requires the student to make a few entry in English..if you see something wrong in my malaysian-english, im really really sorry  because im not really good in it.. *sigh* by the way, this is me..what you read is who i am..heee~

Eventhough i am not good in english, i will try my best to make a few entry in english just for you sir..i hope you don't mind if i make just a short entry like this.. :)


Thank You for reading sir.. :)

Friday, April 8, 2011

PRAKTIKUM

Alhamdulillah..setelah sekian lama menunggu keputusan tempat praktikum, akhirnya orang opis kat UIL kol..die bagitau aku da dapat tempat praktikum..kat MARITIME TRAINING & CONSULTANCY kat Klang..padahal pagi tu aku baru je hantar 1 nomination form yang baru untuk company lain..takut lambat sangat UIL carikan..wat backup orang kabo..kalau da rezeki memang tak ke mana kan..lega 1 masalah da selesai..


buat kengkawan yang maseh belum dapat respon dari company iaitu cik Aniscik Mimi dan kengkawan yang maseh menunggu, harap bersabar ye..semoga anda semua mendapat tempat praktikum secepat mungkin.. :)

Wednesday, April 6, 2011

c.u.r.a.n.g

Benarku mencintaimu..
Tapi tak begini..
Kau khianati hati ini..
Kau curangi aku..


Sakit kan bila kita tahu orang yang kita pertaruhkan untuk masa depan kita curang? sakit weh..aku da pernah rasa..erkk..siyesly..korang pun mesti ada yang pernah rasa kan? sama ada korang yang curang atau dicurangi.. yg mncurang tu mebi la kau tak rasa sakitnya tapi yang dicurangi tu..susah nak hilangkan trauma tu sebenanya..tu yang sampai ada macam macam kes..kalau yang masih peringkat kapel kapel ni sakitnya mungkin la tak sesakit pasangan yang da berkahwin..nauzubillah..

kau da ada pasangan yang cukup sempurna, yang memahami, tempat kau mengadu, yang menceriakan hari hari kau..apa lagi yang kau nak? kenapa mesti nak berskandal skandalan? kenapa mesti curang? tamak? femes? bagi kawan kawan kau salute? ohhh..ceteknya pemikiran kau.. (=.='') aku bukan jeles kau mempunyai ramai peminat atau skandal..tidak sama sekali..
.
yang si skandal pula, aku tak hairan la kalu kau tak tahu yang kekasehati kau tu milik orang..yang sangat mengkonpiuskan bila kau da tau die da ada kekasehati, tunang mahupun suami/isteri orang, kau still nak berebut..ouhhh..pelisss la..desperate sangat kah anda hingga mahu merampas kebahgiaan orang lain? anda tidak bole kah mencari kebahgiaan sendiri tanpa perlu melibatkan kesengsaraan orang lain? 

bila da kantoi, macam macam kau janji ngan kekasehati kau..nak berubah la, apa la, bla bla bla..tapi semua tu hanya dusta belaka..manes mulut kau tu memang terbaek semasa memujuk..bila  keadaan da cool kembali kau pun lupa janji janji manesmu itu.

aku memang sangat suka kalau golongan seperti ini kantoi..bukan mendoakan hubungan yang terbina itu musnah, tetapi supaya mereka lebih sedar untuk menghargai pasangan dan hubungan yang telah terbina itu.. sungguh, aku sangat sangat sangat membenci golongan seperti ini..rasa respek aku terhadap kau kau dan kau da takde..maafkan aku..aku bukan membenci kau, tapi sikap kau, perangai kau..kalau kau sayangkan hubungan kau ngn kekasehati kau, berubahlah..jika kau da tak nak, pulangaka lah hati dia..cukup cukup lah kau lukakan hati dia..

kesimpulannya, jauhkan lah diri dari gejala gejala yang tidak sehat seperti berskandal dan mengakibatkan kecurangan di dalam perhubungan..sekian terimakaseh.. 


p/s : bab paling emosi kalau di perkatakan..mahap..