CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 18, 2011

Keg!LaaN..

Tadi masa melepas kepenatan selepas membuat asemen (kononnya) aku dok belek belek la gambo yang ada dalam henset kesayangan..pastu ternampak gambo ni..

*

*

*

tat telur pebret ncik tunang dan adik- adik..

*

*

*


p/s: rindu nak wat tat telur.. =.=''

Tuesday, March 15, 2011

p.e.r.e.m.p.u.a.n




Perempuan merupakan makhluk ciptaan-Nya yang istimewa..
Namun begitu kaum lelaki susah hendak memahami kehendak dan isi hati perempuan..
Perempuan ni terlalu kompleks kata mereka..
Apa yang perempuan inginkan daripada seorang lelaki yakni pasangannya?


1. Kesetiaan
Setiap pasangan inginkan pasangannya setia..lagi lagi kalau hubungan tu hubungan jarak jauh..sorang kat utara sorang kat selatan..masing masing mengharapkan masing masing setia..tapi kalau kau ni jenis tak boleh hidup tanpa ada perempuan yang menemani di sisi memang payah la..memang la kau tak abaikan pasangan kau dan berniat dia la satu satunya calon isteri kau, tapi kau da mempermainkan hati perempuan lain..kan da curang namanya tu..camna nak jadi calon suami yang mithali camtu?


2. Kepercayaan
Kepercayaan ni kenalah dari kedua belah pihak..lelaki kena percaya perempuan da begitulah sebaliknya..tapi jangan bila da diberi sepenuh kepercayaan, kau khianati pulak..kalau kau tak suka orang tipu kau, sama la kau jangan tipu orang..perempuan ni kalau dia da hilang kepercayaan kat lelaki memang payah la nak percaya balik even kau da betul betul insaf..

3. Kejujuran
Ini harus ada..kalau kau datang lambat, bagitau je hal yang sebetulnya..bangun lambat ke, g pasar dulu ke..yang penting kau mintak maaf..kata kata maaf tu dapat melembutkan hati orang yang sedang marah tau..
tapi kadang kadang orang kata tak semua hal kita kena jujur..ada hal hal yang kita kena simpan sendiri..tapi terpulang la kat kau..takut nanti pasangan kau dapat tau dari orang lain lagi payah..tapi kalau niat kau tu baik, nak menjernihkan keadaan, mudah mudahan pasangan kau dapat terima..marah mungkin sekejap..

4. Penyayang
Masa mula kapel kemain la caring bagai..bila da lama lama kau layan pun halai balai je..nak nak lak kalau kau tu da bertunang ke..kau jangan ingat kau da bertunang tu kau leh layan nak tak nak dengan alasan ''takpe la tak payah nak jaga sangat. kau kompem aku punya''..masa ni la kau sepatutnya da fikir tanggungjawab kau..kalau masa tunang ni kau wat endah tak endah je camne kau nak kemudi famili kau nanti? kang kau abaikan tengok tengok pasangan kau pon da terjatuh cinta kat lelaki lain..mase tu kau leh gigit jari jela.. perempuan ni bukannya dia mintak dibelai ditengok 24 jam, cukupla sekadar kau amik berat tentang dia..mantainkan tahap caring kau tu dari mula bercinta sampai la ke hujung nyawa (kalau jodoh korang panjang, mudah mudahan) ..


Takde la serumit mana pun perempuan ni kan?
Apa yang penting dalam perhubungan tu saling memahami..
Kita memang tak kan dapat yang sempurna melainkan kita yang akan membuatkan pasangan kita nampak lebih sempurna..

mood: muhasabah diri.. :)

Sunday, March 13, 2011

Terguris

Dulu dulu kalau merajuk je mesti ada yang pujuk..
Senyum pun terukir balik..
Sekarang ni.....




Friday, March 11, 2011

Kelas Mandarin.




Ni hao ma?
Wo jiao Yaqeen..
Wo lai zi xue lan er..

Pehh!! Da rase cam jadi amoi la lak..hehe..
Ekceli malam tadi aku g kelas bahasa mandarin..
Bes jugak rupenya dapat cakap bahasa asing ni rupenya ye..
Tu la..da final sem baru la join program camni.. T_T

Aktiviti malam tadi dimulakan dengan sesi suai kenal..
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut warna iaitu biru, merah, hijau dan ungu..
Kemudian sifu mula mengajar..

Kami diajar ayat, nombor dan menyanyi..
Semua dalam bahasa mandarin..
Part nyanyi tu paling bes..
Sifu aku cakap tu lagu budak tadika..haha..
Part terakhir adalah belajar menulis kaligrafi..





 

Pape pon, sangat enjoy!
Sekian dulu, daaaaaaaa!
Xie xie..
Zai jian!

Saturday, March 5, 2011

Kisah DURIAN




Da lama kepingin mau makan durian..
Kalo kat umah mesti da lama dapat makan..
Disebabkn aku dok hostel maka, memang payah la nak dapat kan..

Agaknya memang rezeki aku nak makan durian, 
Anis bagitau  dia nak g pasar malam, beli durian..
Aku pun ape lagi la, nak jugak la..
Mana leh lepaskan peluang..

Kami makan berlima..
5 biji durian..
Bila durian da depan mata, masing masing tengok je..
Semua tatau nak kopek..haha..
Tu la..kat umah nak harapkan mak abah je kopek..
Bila da jauh ni pandai pandai kau lah nak kopek camne..

Agak puas la makan tapi durian tu banyak tak elok..
Anis telah ditipu oleh abang penjual durian..
Dia bagi yang tak elok..
Mentang mentang gadis yang beli..
Senang je nak memperkotak katik kan kaum yang lemah tau..
Menci tauu! (gaya gedik) 




nampk menyelerakan kan?


kena gelakkan sebab biji durian terbelah


nampak tu? banyak busuk.. T_T



Sekian saja kisah durian saya.. (^_^)

Friday, March 4, 2011

MAAF..

Maafkan aku..
Aku belum mampu membuang rasa curiga..
Aku belum mampu mengikhlaskan hati..
Maafkan aku..

Tuesday, March 1, 2011

Mari ber-FORUM!

Macam da basi je nak update pasal forum ni..tapi xpela kan? tak baek menganak tirikan story story lama..
forum ni aku g petang jumaat yang lepas (25 feb 2011) pas balik dari kursus protokol pada sebelah pagi..macam biasala, aku g ngan partner aku yang sangat gojes itu, Mimi..




Forum tu bertajuk Antara Teori dan Realiti Alam Pekerjaan..ekceli ni projek classmate Volunteerism aku..die ade promot kat kelas dulu..sebagai sokongan, kami pun pergi menyokong forum ni (fine, die stalker hanya kenal Mimi =.='' ).. die pon ade wat grand dinner malam tu tapi kami x g..save bajet..hehe..



Antara artis merangkap ahli panel forum ni adalah Zed Zaidi (pelakon) dan Yusanani Yushak (personaliti TV3)..mereka pun student UUM gak tapi kampus KL..artis student UUMKL yang lain pun ada datang tapi aku xsure sape..kosentret sangat mase dengar forum ni..ok itu tipu..sorang lagi panel Prof Dr Syed Abdul Rahman.




Dari kanan Zed Zaidi, Yusanani Yushak, Prof Dr Syed Abdul Rahman dan moderator ( maaf lupa namanya)..
forum ni amat la berguna lagi lagi untuk kami yang bakal melangkah ke alam realiti tak lama lagi..
Mereka semua sangat sangat sporting..lagi lagi Dr Syed yang asek nak wat lawak je..riuh 1 dewan kuliah.. Zed Zaidi pun ok la..Yusanani Yushak pun sangat oke, suara die sangat chomel! *bayangkan cane die marah anak die kat umah*hehe.. 










sekian saje..daaaa!!