CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

P.R.O.T.O.K.O.L.

Assalamualaikum..


Hari ni nak cerita pasal program yang aku g semalam (25 Feb 2011). Dari pagi sampai la tengahari kami, ( aku, Mimi, Kin dan Mira) berada di EDC, UUM Sintok (uni aku ade hotel tau).. kursus ni diwajibkan kepada semua pelajar semester akhir kolej perniagaan.. (ye, aku da tua, da final sem.. =.='' ) tapi pelajar yang bukan semester akhir pun bole datang..

Ekceli nama kursus ni kursus protokol..korang pernah g tak? kat kursus ni ada cikgu yang ngajar etika ketika kita menghadiri sesebuah majlis contohnya g dinner ke..cikgu ni aja dari hal yang sekecik keciknya sampai la hal yang sebesar besarnya..pada kita nampak je macam hal remeh tapi hakikatnya hal yang kecik kecik ni la yang membuatkan kita lebih sempurna dalam sesebuah majlis..

Kiranya kursus ni sangat la bermanfaat dan memberikan banyak info tentang tatacara semasa menghadiri majlis.. nanti senang la bila da masuk ke alam pekerjaan..rase konfiden je nak g majlis makan makan secara sopan ni..hehe..








Sangat berbaloi baloi datang ke kursus ni dengan bayaran hanya RM10..makanan yang super super sedap! dapat ilmu dan perut pun kenyang..hehe..kalo korang ada peluang pergi kursus yang camni, baek korang g..sangat berbaloi kot..


p/s: bulan depan g kursus finishing school lak! :)




Wednesday, February 23, 2011

Kampungku di Sabak Bernam

Korang pernah dengar tak daerah yang bernama Sabak Bernam? Aku tau orang yang bukan dok Selangor mesti ada yang tak pernah dengar kan? tapi yang heran tu orang  Selangor pun ade yang tak pernah dengar..ouh.. =.=''

Sabak Bernam ni terletak di sempadan Perak..kira ujung Selangor la..ehh,, ujung ujung pun maju tau..ape yang maju kat kampung aku ni? oke jom aku  tunjuk ape yang maju dan besnya kat sini..

Memula sekali pantai..namanya pantai Bagan Nakhoda Omar atau orang sini panggil BNO..dulu mase aku mula mula pindah sini pantai ni takde pape pon lagi..kosong..takde maju cam sekarang..la ni da banyak yang berubah..kalo tak silap aku naik taraf pantai ni dalam taun 2001 ke 2002 camtu la..jadi ni la tempat rekreasi yang kebanyakkan muda mudi, famili, sanak saudara, dan orang ramai akan kunjungi di kala ujung minggu dan hari cuti..






Pastu untuk yang kaki-kaki pancing lak, kat tengah tengah laut tu ada kelong..kalo dok kat pantai ni nampak la kelongnye nun di tengah laut..yang specialnya kelong ni ade disediakan bilik ala hotel gitu untuk para pemancing yang ingin bermalam kat sana..kalo tak silap aku pakej honeymoon kat kelong ni pun ade..bole la kepada pengantin baru yang kaki pancing berbulan madu di sini..memancing sambil honeymoon..hehe..




Seterusnya kat kampung aku ade sekolah berasrama penuh iaitu SBPI Sabak Bernam..sekolah ni sangat la dekat ngan umah aku..kalo naek moto sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan ada la dalam 10 minit..oh ye, adik kembar aku dua-dua skola sini..balik wajib ke, balik pilihan ke, outing ke, keje nak balik umah je.. al maklum la, kata dekat..




Untuk pengetahuan korang gak, kat sini ade politeknik..kawan kawan kat area sini yang nak sambung belajar tempat dekat dekat taknak pisah ngan family, poli ni la menjadi pilihan hati..nama poli ni Politeknik Sultan Idris Shah..tapi kami kat sini panggil poli belakang..nape? ntah..mebi poli ni kedudukannya di belakang kawasan perumahan kami..haa, kat belakang poli ni pun ada pantai tau..petang-petang pas study leh la riadah kat pantai belakang poli..




Yang seterusnya ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor)..ILDAS ni merupakan institut latihan yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)..dulu mase aku sekolah, aku pernah ikut 2 kali kursus kt sini..kalo tak silap aku banyak gak aktiviti yang ILDAS ni anjurkan untuk orang awam.. konsert nasyid, majlis-majlis ilmu dan macam macam lagi la..




Dan yang terakhir Institut Perakaunan Negara (IPN)..aku pernah sekali masuk dalam ni..tu pun sebab staf- staf kat IPN ni ada sukan ape tah..so aku ngan kawan kawan yang ahli dari unit St John sekolah ditugaskan oleh cikgu ( ekceli aku yang gedik teringin nak ikut) untuk membantu staf-staf IPN ni kot2 tercedera ke..bole la membantu ape2 yang patut..




Jadi, maju kan kampung aku? walaupun ade yang kata terletak di ulu ujung ceruk jin bertendang la, ape la, kampung aku tetap maju, moden, berwawasan dan sebagainye..


p/s : menghitung hari bila nak balik kampung..hehe..
      : gambogambo di amik drpd incik gugel..

Tuesday, February 22, 2011

Go go go go-kart!

Assalamualaikum..
Selamat petang..


Minggu lepas, aku, mimi, julie ngan fifi telah bersepakat untuk bermain go-kart 
setelah sekian lama hasrat tu terpendam..dah lama kot nak main tapi keadaan
kewangan salu sangat xmengizinkan..ouh.. =.=''
bukan mahal pun tapi al maklum la, student..
RM 5 tu pun da banyak kegunaannya kan..

Sangat seronok okeh kawan kawan..puas gak la main, dapat pusing 5 lap..
terima kasih ye julie bagi pinjam kasut..huhu..kesian julie tak dapat nak main,
dia lupa bawak kad matrik..tapi takpe, next time kita g lagi oke..



selepas beraksi di litar..



muka yang eksaited.. =.=''



mimi pun nampak sangat eksaited  ^_^



die ni drive laju oke..




p/s : kawan kawan sosial, minggu ni maen ape lak? ngeee~~







Thursday, February 17, 2011

Si Gadis Ogos

* Suka berlawak
* Mudah tertawan kepadanya
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
* Berani dan tidak tahu takut
* Orangnya tegas dan bersifat kepimpinan
* Pandai memujuk orang lain
* Terlalu pemurah dan bersifat ego
* Nilai harga diri yang amat tinggi
* Dahagakan pujian
* Semangat juang yang luar biasa
* Cepat marah dan mudah mengamuk
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan
* Sangat cemburu
* Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
* Cepat berfikir
* Fikiran yang berdikari
* Suka memimpin dan dipimpin
* Sifat suka berangan
* Berbakat dalam seni lukis, silat dan hiburan 
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
* Belajar untuk bertenang
* Sikap kelam kabut
* Romantik, pengasih dan penyayang
* Suka mencari kawan




Sumber kajian oleh : Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah

Wednesday, February 9, 2011

Pertama Kali..

Assalamualaikum..


Pertama kali menaip di blog..


Pertama kali mempunyai blog sendiri..
















sekian dulu..